Siakap Keli
Gambar: Instagram @bazlyazmi

Sambal Bilis Bini Nak Habis, Wartawan Liput Olimpik Tokyo Resah Sampai Mengadu Dalam ‘Live’

Kejohanan Olimpik Tokyo 2020 hampir melabuhkan tirainya beberapa hari lagi setelah lebih seminggu berlangsung. Temasya Olimpik kali ini dijangka selesai pada 8 Ogos 2021.

Empat hari penuh debaran ini akan menjadi detik-detik akhir untuk atlet negara meraih pingat sebagai ‘buah tangan’ kepada rakyat Malaysia sepulang mereka ke tanah air.

Di saat ini rakyat Malaysia mungkin sedang resah menanti pingat kedua dari atlet negara. Tapi lain pula ‘keresahan’ wartawan yang bertugas meliput Olimpik Tokyo ini.

Dalam satu sesi live, wartawan sukan yang dikenali sebagai Bazly Azmi ini menyuarakan keresahannya yang hampir habis bekalan sambal bilis isteri, setelah berhari-hari berkampung di Tokyo.

Dengan nada selamba, Bazly menyifatkan ia sebagai ‘masalah besar’ sebab dia sukar memberikan tumpuan. Tambahan pula selepas ini Bazly masih bertugas untuk meliput acara yang sangat  penting untuk rakyat Malaysia iaitu berbasikal.

@astroarena

aduhhh crisis besar nmpknya, siapa blh hntr sambal ikan bilis kt Bazly ni.

♬ original sound – Astro Arena – Astro Arena

“Tolong hantar bini dia pergi sana”

Menjengah ke ruangan komen, warga net pecah tawa dengan gelagat wartawan ini yang sempat ‘meluahkan perasaan’ masa tengah live. Malah ada juga yang berseloroh suruh hantar isteri Bazly ke Tokyo.

Sumber: TikTok @astroarena

Eyla Azri