Siakap Keli

(Video) Walau Ikhlas, Wanita Sebak Jadi Saksi Suami Menikah Kali Kedua Dengan Bekas Kekasih

Hati wanita mana yang tidak luluh apabila perlu berkongsi kasih dengan wanita lain. Mungkin mulut boleh melafaz perkataan redha tetapi hati yang lara tidak akan pernah menipu.

Baru-baru ini, tular satu video di Indonesia yang menyaksikan ketabahan seorang wanita ketika suaminya berkahwin dengan wanita lain.

Menerusi video itu, dapat dilihat beberapa orang memenuhi ruang bilik yang dipercayai di hospital. Ketika itu, wanita tersebut telah menyaksikan suaminya melafazkan akad nikah.

Difahamkan, madu kepada wanita itu merupakan bekas teman wanita suaminya ketika di sekolah dahulu.

Wajah isteri kedua itu tidak kelihatan tetapi terdapat seseorang dilihat sedang berbaring di atas katil di depan si suami dan jurunikah.

Bagaimanapun, wanita tersebut tidak menjelaskan dengan terperinci mengenai sebab suaminya menikah lagi.

“Hari ini suamiku menikah dengan kekasih ketika di sekolah dulu kerana suatu perkara. Mereka menikah di hadapanku atas permintaan dan persetujuanku,” kata wanita itu.

 

 

 

Tambahnya, dia mengikhlaskan perkahwinan itu kerana Allah SWT.

Ketika suaminya melafazkan ijab kabul, wanita itu kelihatan sangat sedih sehingga tidak mampu menyeka air matanya dari berjujuran membasahi pipi.

Ramai yang memberikan reaksi terhadap video itu dan mengatakan bahawa ia seperti adegan dalam filem Ayat-Ayat Cinta.

Sumber: Suara.com, makassar_iinfo

Sofea

There's always another side to every story