Pepatah Melayu pernah mengatakan, ‘Kalau dah namanya rezeki, memang takkan salah alamat’. Ada pula bidalan yang berbunyi ‘ibarat durian runtuh’ yang membawa kepada maksud rezeki yang datang tidak disangka-sangka.
Siapa je yang tak suka durian runtuh kan? Bercakap pasal durian ni, rasanya semua dah faham yang buah durian ini akan gugur ke tanah apabila sudah masak ranum. Jaranglah dia gugur sewaktu masih muda.
Tapi apabila kaitkan buah durian yang gugur dengan pepatah ‘durian runtuh’ ni, ianya sesuatu yang melucukan. Itulah seperti yang terjadi kepada pemuda dalam video ini.
Percaya atau tidak, pemuda yang menggunakan nama TikTok Ery_Riey ini agak terkejut apabila sebiji durian telah gugur dari pokok dan ‘menghentam’ atap rumahnya. Biasalah, durian kalau gugur kan memang ‘ganas’ sikit.
Tapi apa yang mengejutkan, durian tersebut telah gugur dengan momentum yang sangat kuat sehingga atap pecah dan sekaligus menembus silingnya sebelum betul-betul ‘mendarat’ di atas lantai rumah.
Tidak hanya dengan itu, rakaman ini juga turut disunting dalam aplikasi TikTok dan ‘dipasang’ bersamanya latar belakang suara dipercayai penceramah yang memberi tazkirah tentang rezeki.
Audio tazkirah itu berbunyi seperti berikut:-
“Rezeki kita kat mana? Kat langit dah ada dah. Dan ia akan turun kepada kita. Allah akan turunkan rezeki itu kepada kita. Rezeki itu akan datang kepada kita ikut kehendak Allah….”
Mari tonton video ini & semoga terhibur.
@ery_riey mmg rzky tak sloh almat 🤣✌️
Apa kata netizen
Video ini telah ditonton lebih 800,000 kali setakat ini serta meraih kira-kira 141,000 ‘Likes’. Malah netizen juga cukup terhibur dengan apa yang terjadi. Jom kita tengok apa kata netizen.
“Betul la rezeki tapi bila kena kepala, rezeki bertemu Tuhan…” – Ido
“Rezeki dia kalau kena kepala Alhamdulillah…” – Zaeem
“Rezeki ni kalau kena kepala bocor…” – Hanif
“Nasib baik Isaac Newton dulu apple je yang jatuh atas kepala, kalau yang jatuh tu durian beso ni, haha…” – Taufiq
Sumber: TikTok Ery_Riey