Siakap Keli
Gambar Via BBC/Tribun News

Malu Orang Tahu Hamil Sebelum Nikah, Pasangan Pengantin Baru Bunuh & Campak Bayi Sendiri Dalam Perigi

Pasangan suami isteri di Riau dilaporkan telah ditahan kerana didakwa membunuh bayi mereka sendiri.

Menurut Tribun News, pasangan yang berusia 25 dan 20 tahun itu baru saja melangsungkan perkahwinan mereka pada 29 Julai yang lalu.

Kes tersebut dikatakan mula terbongkar apabila mayat bayi itu ditemui di dalam sebuah perigi pada Isnin lalu di Desa Sungai Kuning, Kabupaten Kuantan Singingi disebabkan oleh bau busuk.

Difahamkan, mangsa telah dilahirkan ketika ibunya berada di dalam bilik air. Ketika itu, wanita tersebut menjadi panik kerana bayi lelaki itu menangis.

Gambar Via Tribun News

Disebabkan itu, dia telah menganiaya darah dagingnya sendiri dengan menggunakan objek tumpul.

Hasil bedah siasat pada bayi itu mendapati bahawa terdapat kesan lebam di leher dan bibir.

“Lebam itu disyaki disebabkan oleh objek tumpul,” kata Ketua Polis Singingi, Iptu Koko Ferdinand.

Ujar Koko lagi, bayi itu kemudiannya dibuang ke dalam perigi yang terdapat di dalam rumah mereka.

Siasatan juga mendapati bahawa tindakan wanita itu sebenarnya dipengaruhi oleh suaminya.

“Tindakan ibu mangsa telah diarahkan oleh suaminya,” katanya.

Mereka bertindak sedemikian kerana risau ibu bapa dan penduduk kampung tahu mengenai bayi itu yang terhasil dari hubungan sebelum berkahwin.

Hamil pada bulan Februari lalu, mereka sebelum ini dikatakan telah berusaha untuk menggugurkan kandungan itu tetapi gagal.

Pada awalnya mereka menafikan telah membunuh bayi itu dan mendakwa bahawa mangsa maut kerana keguguran. Tetapi akhirnya mereka mengaku melakukan perbuatan keji itu kerana malu hamil luar nikah.

Sumber: Tribun News

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.