Siakap Keli
Gambar Via Shuib Sepahtu

Siti Sarah Dimasukan Ke ICU Kerana Oksigen Tak Berapa Stabil, Shuib Mohon Doakan Isteri & Anak Dalam Kandungan

Pelawak, Shuib Sepahtu memaklumkan bahawa isterinya, Siti Sarah, telah dimasukkan ke ICU pada pagi ini disebabkan oksigen yang tidak berapa stabil.

Menerusi perkongsian di Facebook miliknya, Shuib juga mengatakan bahawa keadaan Siti Sarah pada ketika ini tidak berapa baik.

Shuib juga memohon agar orang ramai mendoakan isteri dan anak dalam kandungannya.

“Saya mohon di hari baik, hari Jumaat, doakan Sarah dan anak dalam kandungan, semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka, semoga Allah merahmati kita semua, Amin,” katanya.

Pada 26 Julai yang lalu, mereka sekeluarga telah disahkan positif COVID-19 selepas pembantu rumah mereka dijangkiti virus itu.

Semoga Siti Sarah cepat sembuh dan semuanya berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

 

Sumber: Shuib Sepahtu

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.