Siakap Keli
Gambar: Bazly Azmi

Shah Firdaus Hanya Luka Ringan, Sedia Kembali ‘Berentap’ Esok

Pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom disahkan berada dalam keadaan baik setelah menerima rawatan dan akan kembali ke ‘gelanggang’ esok.

Shah Firdaus menerusi Instagram (IG) Story di akaun media sosialnya memaklumkan bahawa dia dibenarkan untuk meneruskan perlumbaan seperti biasa.

“Hai semua, Alhamdulillah saya dah ok. Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan anda. Keputusan X-ray dan imbasan CT saya menunjukkan yang saya ok dan boleh berlumba esok,” tulisnya.

BACA: (Video) Shah Firdaus Sedang Dirawat, Mengadu Sesak Nafas

Dalam pada itu, Shah Firdaus turut berpesan kepada rakyat Malaysia agar tidak membuat sebarang perkara yang tidak wajar berikutan insiden yang berlaku hari ini.

“Kepada semua penyokong saya, tolong jangan buat sebarang hukuman terhadap mana-mana pelumba lain.

“Kemalangan memang boleh berlaku di litar lumba, terutamanya dalam Keirin tapi tiada siapa pun yang mahu ia berlaku, ianya sebahagian daripada perlumbaan dan semua pelumba yang datang mesti nakkan kemenangan.

“Doakan kesembuhan saya dan saya akan buat yang terbaik esok!” tambahnya lagi.

BACA: (Video) Mohon Jasa Baik Rakyat Malaysia, Jangan Serang Media Sosial Mana-Mana Individu – Datuk AzizulHasni

Sumber: IG Shah Firdaus / Twitter Bazly Azmi

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.