Siakap Keli
Gambar: Bernama/Bazly

(Video) Shah Firdaus Sedang Dirawat, Mengadu Sesak Nafas

Pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang tercedera akibat perlanggaran tadi kini sedang menerima rawatan di hospital.

Bagaimanapun memetik laporan ringkas Astro Arena menerusi wartawan Bazly Azmi, difahamkan pelumba berkenaan mengadu berasa sesak nafas.

“@shahfirdaus95 (Shah Firdaus) sedang dirawat. Mengadu sesak nafas,” katanya dalam ciapan di Twitter hari ini.

Mengimbas kembali, Shah Firdaus terpaksa dikejarkan ke hospital setelah terjatuh pada pusingan Heat 2 selepas diasak pelumba lain dalam kelayakan keirin lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020 tadi.

Difahamkan, Shah Firdaus berkemungkinan mengalami kecederaan pada rusuknya, merujuk laporan Bazly.

Sumber: Twitter Bazly Azmi

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'