Siakap Keli

Ingatkan Sama, Rupanya Lebih Tua, Ini Cara Korang Nak Kira Umur Ikut Tahun Hijrah

Muharram merupakan bulan pertama dalam kalendar Islam (Hijrah) dan menjadi antara bulan yang sangat istimewa.

Bulan Muharram juga dimuliakan kerana ia termasuk dalam kalangan empat bulan haram di mana umat Islam diharamkan untuk berperang pada bulan-bulan itu.

Tidak cuma itu, umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyakkan puasa sunat pada bulan ini kerana ganjaran pahalanya sangat besar.

Bercakap mengenai tahun baharu Islam ini, pernah tak korang terfikir mengenai umur korang dalam tahun hijrah? Macam mana nak tahu?

Jangan risau, aplikasi yang dicipta oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini mungkin boleh membantu korang.

Menerusi perkongsian di Facebook rasmi, JAKIM memberikan panduan kepada orang ramai untuk menyemak umur dalam aplikasi Kalkulator Umur Miladi-Hijri melalui portal e-Falak JAKIM. Korang boleh klik DISINI.

Mudah saja, korang perlu masukkan tarikh lahir dan tekan tukar.

Bila tekan tukar, korang akan tahu umur korang dalam Tahun Hijrah. Selamat mencuba.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia-JAKIM

Sofea

There's always another side to every story