Siakap Keli
Gambar: MAIWP

MAIWP Muatnaik Imej Hilal Muharram Yang Dirakam Sewaktu Cerapan Bulanan Dari PICC Putrajaya

Hari ini, umat Islam di Malaysia menyambut awal Muharram yang merupakan tahun baru dalam takwim Hijrah.

Menurut laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (MAIWP), permulaan tahun baru Islam ini ditentukan melalui beberapa cara. Salah satunya termasuk hilal Muharram.

Hilal atau anak bulan Muharram ini perlu muncul dia atas ufuk ketika matahari terbenam. Maka bermula waktu terbenam matahari itulah bulan baru dikira.

Melalui laman Facebook rasmi, MAIWP memuatnaik imej hilal Muharram yang sempat dirakam oleh Unit Falak sewaktu cerapan bulanan hilal Muharram di PICC, Putrajaya.

Gambar: MAIWP

Sumber: Facebook MAIWP

Eyla Azri