Siakap Keli
Gambar: TikTok @organizedhomeandlife

Lelaki Ni Buat Kolam Renang Sendiri Kat Belakang Rumah, Hanya Guna Kayu Palet, Ambil Masa 12 Jam Je

Banyak benda yang boleh kita lakukan dalam masa 12 jam. Mungkin kita boleh DIY macam-macam benda untuk dekorasi rumah dalam masa setengah hari.

Tapi mampu ke korang bina kolam renang dalam masa 12 jam, macam peminat tegar DIY ni?

Caleb Harrison, 27, berjaya membina sebuah kolam renang di belakang rumahnya dalam masa 12 jam selama seminggu, dengan menggunakan kayu palet sebagai bahan utama.

@organizedhomeandlife

Stay tuned for the reveal. #diy #diyproject #pallet #insaneidea #summervibes #poolcleaning

♬ Myself – Bazzi

Video proses pembinaan dan update tentang keadaan kolam dari masa ke semasa turut dimuatnaik oleh isteri Harrison, Kayla, di akaun TikTok @organizedhomeandlife.

Kolam renang tersebut berfungsi sepenuhnya dengan menggunakan bajet $140 atau kurang RM600. Ada juga sesetengah bahan yang mereka dapati secara percuma.

Harrison menggabungkan 14 palet kayu dengan menggunakan drill, kemudiannya melapisi bahagian dalam kolam dengan plastik dan tarpaulin berwarna biru.

Kolam renang ini terbukti masih bertahan sehingga hampir sebulan dia menggunakannya dan tetap utuh setelah diisi tiga ribu galon air.

Kayla turut mengunggah video update terbaru kolam renang DIY mereka yang masih kelihatan baik-baik saja, beberapa jam yang lalu.

@organizedhomeandlife

#palletpool #palletproject #diy #diyproject #summervibes #organizedhome #SHEINcares #outdoorproject #poolcleaning #poolparty

♬ original sound – Kayla Harrison

Sumber: Mirror UK

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.