Siakap Keli
Kredit: Fox32News

(Video) Kereta ‘Ditelan’ Lubang Besar Penuh Air, Pemandu Dipercayai Elak Kon Lalu Terbabas

Dipercayai gara-gara mengelak kon di lokasi kerja pembaikan jalan raya, seorang pemandu dilapor terbabas ke dalam sebuah lubang besar di Clinton, Washington pada pagi Rabu.

Menurut Fox32Chicago, bagaimanapun, pemandu itu berjaya menyelamatkan diri dengan kecederaan ringan.

Kru pembaikan dilaporkan sedang membaikpulih kebocoran pada sistem bekalan air sekitar jam 4,30 pagi hari kejadian sebelum jalan raya itu runtuh dan membentuk lubang besar.

Lantaran itu, jalan tersebut telah ditutup untuk kerja-kerja pemulihan, namun tidak dapat dipastikan berapa lama penutupan jalan akan berlangsung, tulis portal tersebut.

Sumber: Fox32Chicago

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.