Siakap Keli
Gambar: @glensia

(Video) Rakaman Jelajah Rumah ‘Pengabdi Setan’ Bikin Seram, ‘Cuak’ Nampak ‘Sosok Putih’ Tepi Perigi

Bagi penggemar filem seram, mungkin anda pernah menonton filem terbitan Joko Anwar, bertajuk Pengabdi Setan. Filem seram yang dibuat semula berdasarkan filem bertajuk sama pada 1980 itu telah menjadi filem Indonesia terlaris pada tahun 2017.

Filem ini mengisahkan sebuah keluarga yang berusaha membongkar misteri dan kejadian aneh yang berlaku kepada keluarga mereka selepas pemergian ibu mereka yang sakit.

Tahukah anda, rumah di dalam filem itu sebenarnya dibuka untuk kunjungan orang ramai yang berminat dengan lokasi-lokasi mistik dan seram.

Salah seorang individu yang pernah ke rumah tersebut telah berkongsi rakaman di dalam bangunan berkenaan yang ternyata sama keadaannya seperti di dalam filem tersebut. Malah, bingkai-bingkai gambar yang bergantungan di dalam bilik sang ibu masih terletak sepertimana dalam penggambaran.

Apa yang membuatkan orang ramai meremang bulu roma adalah kewujudan sosok berbaju putih berhampiran telaga yang menjadi lokasi pembunuhan dalam filem itu. Berdasarkan rakaman berkenaan, kelihatan kelibat itu seperti patung yang diletakkan berdekatan bagi memberi mood misteri kepada para pengunjung.

Tonton videonya di bawah.

@glensiasasmit

Keadaan rumah pengabdi setan

♬ Kelam Malam ost pengabdi setan – Tri

Berdasarkan rakaman berkenaan, kelihatan kelibat itu seperti patung yang diletakkan berdekatan bagi memberi mood misteri kepada para pengunjung.

@glensiasasmit

Balas @ridho_pandu24 coba liat baik2 ya

♬ Kelam Malam ost pengabdi setan – Tri

Rakaman yang mendapat lebih 662 ribu tanda suka itu telah menerima pelbagai komen daripada warga maya yang rata-rata berasa seram dengan rumah itu. Apatah lagi apabila ia diiringi muzik seram yang merupakan lagu tema filem berkenaan.

Model rumah unik dan cantik

Tolonglah jangan lagu ni lagi

Terkejut tengok penampakan di telaga

Sumber: Kompas.com, @glensia

Amira

Love yourself.