Siakap Keli

“Aku Nak Beli Rumah Dekat Negeri Sembilan, Berbaloi Ke?

Kalau kita sebut Negeri Sembilan mesti ramai yang ingat ‘area’ ni sebagai Kawasan ‘kampung’ yang masih belum ‘develop’, tapi sebenarnya korang silap. Untuk yang belum pernah baca pasal ni, Negeri Sembilan termasuk dalam pelan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dan juga Malaysian Vision Valley (MVV) yang melibatkan rancangan koridor ekonomi meliputi lebih 100,000 hektar di Seremban, Port Dickson dan Nilai juga.

Mungkin kalau hari ni korang tengok Negeri Sembilan atau Seremban ni masih ‘biasa-biasa’ tapi jangan terkejut bila kawasan ini ‘hot’ pada masa akan datang. 

“Aku nak beli rumah dekat Negeri Sembilan, berbaloi ke?”

Pastinya persoalan ini bermain dalam fikiran korang yang masih berkira-kira nak beli rumah di kawasan ini. Seperti yang kita nyatakan diatas, Seremban secara khususnya kini sedang giat pesat membangun dengan pusat komersial, hartanah moden dan akses lebuhraya yang mudah seperti:

  • NSE (North South Expressway)
  • ELITE Expressway
  • Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)
  • MEX (Maju Expressway)
  • Nilai-KLIA Highway
  • Lebuhraya Damansara-Puchong
  • SKVE (South Klang Valley Expressway)

Hartanah terbaik dekat Seremban di Bandar Sri Sendayan

Kalau nak cerita pasal hartanah dikawasan terbaik, Bandar Sri Sendayan mempunyai satu kediaman yang bakal membuatkan korang terkejut dengan apa yang ditawar dan disediakan dekat sini. Tapi, sebelum kita cerita pasal rumah atau hartanah ni, kami nak jelaskan kemudahan-kemudahan di Bandar Sri Sendayan dalam bentuk point jadi korang boleh tengok dengan jelas.

Kemudahan berdekatan

  • Sendayan City
  • Sendayan Merchant Square
  • Sendayan X-Park
  • d’Tempat Country Club
  • Sendayan Metropark
  • Sendayan Green Park
  • Sendayan TechValley

Aksesibiliti

  • Seremban Toll (Exit 217 & 218)
  • Port Dickson Toll (Exit 219)
  • KLIA Linkage
  • Senawang Expressway (Proposed) 

Pusat Membeli belah & komersial

  • Mydin Hypermarket Seremban 2
  • AEON Seremban 2
  • Tesco Extra Seremban 2
  • NSK Trade City Seremban
  • Palm Mall

Pusat perubatan

  • Columbia Asia Hospital
  • KPJ Seremban Specialist Hospital
  • Hospital Tuanku Ja’afar Seremban

Pusat riadah

  • S2 Hill Park & S2 City Park

Pusat Pendidikan

  • SMK Felda Sri Sendayan
  • SJK T Bandar Sri Sendayan
  • SJK C Tung Hua S2 Heights
  • SMK Seremban 2
  • Nilai University
  • INTI International University
  • Matrix Global Schools
  • SJK (C) Bandar Sri Sendayan
  • SMK Bandar Baru Sri Sendayan

Crisantha @ Resort Homes kediaman mewah persis Resort di tengah-tengah Bandar Sri Sendayan

Selepas penat bekerja dan berulang-alik daripada kota yang sesak, tak teringin ke korang ‘bercuti’ setiap hujung minggu dalam kediaman yang persis bak tempat peranginan di dalam mahupun luar negara? Kediaman berkonsepkan resort pastinya dilengkapi dengan pemandangan yang indah, kemudahan mewah, privasi, ciri-ciri keselamatan terbaik, unit yang luas dan fasiliti riadah pelbagai. Elemen kehijaun juga turut diterapkan menjadikan sesiapa sahaja yang mendiami kawasan resort ini berasa harmoni.

Semua fasiliti dan ‘feeling’ ini boleh dimiliki di Crisantha Resort Homes di Bandar Sri Sendayan.

Crisantha dilengkapi dengan 175 unit rumah jenis 2-storey superlink homes merupakan rumah terbaru berkonsepkan resort mewah oleh Matrix Concepts yang terletak secara strategik di tengah Bandar Sri Sendayan. Daripada segi reka bentuk, Crisantha merangkumi gaya seni bina moden dengan kemasan premium serta papan berlamina di tingkat satu untuk semua bilik tidur dan family areas.  Setiap unit juga dilengkapi dengan empat (4) bilik tidur dengan bilik mandi en-suite untuk memberi pengalaman sebenar resort mewah dan privasi.

Semua unit Crisantha Resort Homes ini disusun atur dengan konsep terbuka yang menampakkan ruang kecil kelihatan besar, serta pemandangan ‘open-view’ dari ruang tamu hingga ke ruang makan. Daripada segi kemudahan pula, bertepatan dengan konsep resort, kemudahan-kemudahan eksklusif turut tersedia seperti trek jogging, taman tasik, taman permainan, gelanggang serbaguna dan gazebo. Tambahan lagi, kediaman ini berada didalam kawasan yang selamat dimana penduduk akan berasa tenang kerana sistem keselamatan canggih diperkuat dengan akses ketat di pintu masuk, system penggera keselamatan dengan sensor magnetik dan getaran serta sistem interkom suara.

Residen juga layak menikmati keahlian kelab percuma dengan perkhidmatan lima bintang seperti kolam renang berukuran Olimpik, gelanggang badminton (indoor), gelanggang tenis, gelanggang skuasy, gymnasium, spa, dewan dan banyak lagi.

Gambar floor plan type A

Gambar floor plan type B

Jadi, berbaloi ke beli rumah di Crisantha Resort Homes dekat Bandar Sri Sendayan?

Kalau korang baca balik kesemua point diatas tadi, kami berani katakan yang kawasan ini adalah kawasan ‘emas’ dan bakal jadi kawasan ‘panas’ (hotspot) yang menjadi pilihan ramai. Bagi yang berminta, Matrix Concepts menawarkan perkhidmatan internet jalur lebar secara percuma selama satu tahun pengecualian duti setem, dan keahlian d’Tempat Country Club percuma dengan ‘easy entry scheme’ untuk mendapatkan unit di Crisantha Resort Homes. Tambahan lagi, Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang dilaksana kerajaan juga dilanjutkan sehingga Disember 2021.

Untuk maklumat lanjut mengenai projek Crisantha, daftar maklumat korang di sini https://forms.gle/hqvYK8VCTZyGhyuo8

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.