Siakap Keli
punca insomnia
Kredit: Google

“Berasa Lesu Apabila Bangun Tidur,” Sukar Untuk Tidur Antara Gejala Insomnia, Ini Antara Puncanya

Jam sudah menunjukkan hampir pukul 2, dan anda tak dapat lelapkan mata? Jika hari-hari anda seringkali begini, mungkin anda telahpun menghidap insomnia.

Menurut Public Health Malaysia (PHM), gangguan tidur ini mempunyai beberapa gejala seperti kesukaran untuk tidur atau terjaga di tengah malam dan sukar untuk melelapkan mata semula.

Tambah PHM, ia boleh berlaku disebabkan tekanan, gangguan fizikal atau emosional serta persekitaran yang tidak kondusif (bunyi bising, bilik terlalu terang dan sebagainya).

Adakah anda mengalami salah satu atau kedua dua gejala berikut;

  • Sukar untuk tidur
  • Terjaga di tengah waktu malam dan sukar untuk kembali tidur.

Gejala ini di namakan sebagai INSOMNIA.

Apakah Punca Insomnia?

Insomnia yang berlaku secara akut atau jangka masa pendek berlaku akibat;

  • Stress ( seperti kematian, masalah rumah tangga dan penyakit)
  • Gangguan fizikal dan emosional
  • Faktor persekitaran – bunyi bising, cahaya yang terang, terlalu sejuk/ panas.
  • Ubat ubatan
  • Perubahan jaduan tidur seperti Jet Lag.

Menurut perkongsian itu, sekiranya perkara itu terjadi lebih dari dua minggu atau kehidupan dan rutin harian rasa terganggu, adalah lebih baik untuk mendapatkan pemeriksaan dan bantuan.

Kredit: PHM

Sumber: PHM

Amira

Love yourself.