Siakap Keli

(Video) “Kira-kira Dapat 72 Meteor..” Pemuda Kongsi Rakaman Hujan Meteor Perseids Tengah Malam Tadi

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bermula tengah malam tadi, ruang angkasa kita dihujani dengan fenomena hujan meteor Perseids. Menariknya, kemunculan meteor ini boleh dilihat dengan mata kasar sahaja.

Justeru, ramai rakyat Malaysia mengambil peluang ini untuk menatap sendiri kehadiran batu angkasa yang melintasi langit malam dengan mata kepala sendiri. Sudah tentu ramai yang teruja, kan?

Seorang netizen, Zaki Aziz turut mengambil kesempatan ini dengan merakam beberapa foto menarik malam tadi. Jom ikuti perkongsiannya dalam Group Facebook Stargazer Society di bawah ini.

Kira-kira 72 meteor dikesan

Dalam perkongsian itu, Zaki menulis;

“Hasil hunting meteor Perseids malam tadi. Kira-kira dapat 72 biji meteor jugak. Banyak yang off-frame. Majoriti banyak yang panjang-panjang dan hijau..”

Gambar: Zaki Aziz

Difahamkan, di sebalik foto yang indah ini, Zaki hanya menggunakan kamera telefon pintar Xiaomi Mi 10 dengan keupayaan shutter speed 20 second; ISO 6,400 dan white balance pada mod daylight.

Foto-foto ini dirakam di Sungai Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Terengganu pada pukul 12.30 tengah malam, malam tadi. Katanya, jumlah meteor yang kelihatan setakat itu adalah sebanyak 72 buah.

Selain itu, kaedah mereka merakam meteor juga agak santai, di mana Zaki bersama dua orang lagi rakannya berbaring di atas padang yang luas di kawasan yang kurang pencemaran cahaya serta jauh dari perkampungan.

Jom kita lihat lagi foto-foto menarik hasil bidikan Zaki di bawah ini.

Gambar: Zaki Aziz
Gambar: Zaki Aziz
Gambar: Zaki Aziz
Gambar: Zaki Aziz

Nak tengok kelibat meteor-meteor berwarna hijau melintas laju di ruang angkasa? Jom tonton video yang dirakam Zaki ini.

@zakiaziz38

di mlm meteor perseids

♬ nhạc nền – Mimami – Cao Minh Đại

Difahamkan, Zaki juga merupakan salah seorang ahli Johor Astronomy Club yang aktif menjalankan projek-projek mencerap angkasa raya. Di bawah ini adalah ketika di salah sebuah program di Sedili, Johor pada tahun lepas.

Gambar: Zaki

Sumber: Zaki Aziz melalui Stargazer Society / Johor Astronomy Club

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.