Siakap Keli
Kredit: Wiktionary/FB

Jangan Buang Kepala Udang, Lelaki Kongsi Cara Buat Baja ‘Power’ Supaya Tanaman Subur

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Biasanya kalau siang udang, kita mesti akan buang kepala dan ekornya kan? Jaranglah orang nak masak sekali dalam lauk. Kadang-kadang tu ada yang buang kulit terus siap-siap.

Tapi tahukah anda, sebenarnya kepala udang tu ada manfaatnya tau. Mengikut apa yang dikongsikan oleh ‘taukey’ baja, Azuan Abdullah, sebenarnya hampas kepala udang tu kita boleh buat baja ‘DIY’.

Daripada buang ke tong sampah dan jadi makanan lalat, apa kata kita ubah jadi benda yang berguna, tak begitu? Jom ikuti perkongsian Azuan di bawah ini. Semoga bermanfaat.

Bila siang udang tu, kepalanya jangan buang. Boleh buat baja ‘power’

Gambar: Azuan Abdullah

Bila siang udang tu, kepalanya jangan buang ya. Boleh buat baja power tau. Ada 3 cara nak buat baja kepala udang/kulit udang ni.

1. Yang paling mudah, kita rebus kepala udang tu hingga mendidih. Lepas tu biarkan sejuk. Asingkan air dan kepala. Air tu boleh siram terus atau nak simpan pun boleh.

Saya suka simpan dulu sebab ia jadi lagi power. Bau pun boleh tahan. Masa nak siram tu kena buat pencairan dulu ya.

Kepala yang direbus tadi nak letak pada pokok terus pun boleh. Syaratnya kena kambus dengan tanah ya.

Kalau nak simpan, kena sangai/jemur bagi ia jadi rapuh dulu. Lepas tu tumbuk atau blender. Boleh simpan lama buat macam ni.

2. Cara yang kedua, kita tak rebus pun kepala udang tu. Kita sangai/jemur terus hingga ia rapuh. Lepas tu tumbuk atau blender. Yang ni lagi power dari cara nombor 1.

3. Nak paling power boleh peram ia dengan gula merah. Kepala udang tadi tak perlu sangai/jemur, memadai tos je hingga air kering. Lepas tu peram dengan gula merah.

Lepas sebulan, tapis ambik airnya sahaja. Air ni memang padu sangat buat sembur kat pokok. Pokok cili kalau kena air ni, dia punya antibodi tu jadi kuat tau.

InsyaAllah, bila ada stok kepala udang/kulit udang lagi, saya akan story detail satu persatu cara diatas ya.

Azuan Abdullah
agromallasia.ordersini.com

Sumber: Azuan Abdullah 

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'