Siakap Keli
Gambar Via The Local Denmark

Makin Ramai Rakyat Terima Vaksin, Denmark Kini Tak Lagi Wajibkan Topeng Muka

Pemakaian pelitup muka dalam pengangkutan awam dilaporkan tidak lagi diwajibkan di Denmark selepas negara itu memansuhkan peraturan COVID-19.

Menteri Pengangkutan, Benny Engelbrecht, mengatakan bahawa ia sepatutnya bermula pada 1 September tetapi telah diawalkan semalam.

“Kami sekarang berada dalam situasi di mana sebahagian besar penduduk telah divaksinasi dan kami sudah kembali kepada kehidupan yang lebih normal.

“Kami boleh ucapkan selamat tinggal kepada pelitup muka dalam bas, kereta api dan metro,” kata Benny.

Sementara itu, kementerian kesihatan di negara itu telah melonggarkan peraturan penjarakan sosial pada Rabu lalu walaupun terdapat sebanyak 1,000 kes harian dicatatkan.

Timbalan Pengarah Agensi Kesihatan Nasional, Helene Bilsted Probst mengatakan bahawa mereka kini mempunyai kawalan yang baik terhadap jangkitan.

Difahamkan, lebih daripada 60% penduduk telah menerima vaksin sepenuhnya di negara itu.

“Saya kagum dengan semua syarikat pengangkutan, pekerja dan warganegara yang menjaga jarak dan menggunakan pelitup muka sehingga kita berjaya mengawal jangkitan dalam pengangkutan awam,” katanya.

Bagaimanapun, orang ramai masih lagi perlu memakai pelitup muka di lapangan terbang dan di dalam pesawat kerana ia tertakluk pada peraturan pengangkutan udara antarabangsa.

Sumber: The Local Denmark, RTE

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.