Siakap Keli
Gambar hiasan | Google

Ibadah Muharram Yang Dianjurkan Nabi SAW, Ini Niat Puasa Tasu’a & ‘Asyura Bermula Esok

Umat Islam di seluruh dunia baru saja menyambut ketibaan Awal Muharram pada 10 Ogos yang lalu. Pejam celik pejam celik, tarikh esok akan jatuh pada 9 Muharram, seterusnya lusa pula 10 Muharram.

Seperti yang kita tahu, terdapat banyak kelebihan yang dijanjikan Allah SWT pada bulan pertama dalam taqwim Hijriah ini. Antara ibadah yang sangat digalakkan Nabi Muhammad SAW adalah berpuasa sunat.

Dalam ibadah berpuasa pada Muharram ini, terdapat dua hari yang disunatkan untuk kita berpuasa iaitu hari Tasu’a (9 Muharram esok) dan ‘Asyura (10 Muharram lusa).

Oleh itu, jika kita berkelapangan untuk berpuasa sunat pada kedua-dua hari ini, jom kita hayati bacaan niat dan lafaznya seperti yang dikongsikan oleh laman Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini.

Selamat beramal!

Sumber: Facebook JAKIM 

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.