Siakap Keli

(Video) Pengguna Phone Samsung Tak Perlu Beli Oximeter, Boleh Guna Fungsi Ini Di Telefon Pintar Korang

Walaupun sekarang banyak habiskan masa di dalam rumah tetapi kesihatan diri perlu dijaga tambah-tambah pula wabak Covid-19 sekarang semakin mengganas sehinggakan ada yang positif dan tidak bergejala.

Kalau korang perasan, penggunakan alat Oximeter menjadi viral kerana ia amat penting untuk pantau kandungan oksigen di dalam darah dan degupan jantung seseorang. Dulu, penggunaan ‘smart band’ menjadi perhatian ramai kerana ia juga berfungsi sama seperti Oximeter.

Tetapi kali ini, korang mesti tak pernah perasan kan sebenarnya telefon pntar jenama Samsung boleh kesan kandungan oksigen dan degupan jantung hanya menggunakan peranti itu sahaja.

Tak percaya? Meh sini, tonton video di bawah yang dikongsikan oleh Saifulasyrax menerusi laman Tiktoknya.

Bagaimanapun, Samsung yang boleh kesan semua itu hanyalah jenis s10+ kebawah sahaja. Untuk Samsung yang terbaharu sudah tidak mempunyai butang sensor tersebut kerana ia sudah mengikut trend penggunaan ‘smart watch’.

@saifulasyrafx

Oximeter ? Say no more 🤣 #samsungtrick #samsunghealth #oxygenblood #androidpower #EmotionsInPortraitChallenge #fypシ

♬ DJ Sanfonamix X Akimilaku Kimpo Bara Bere – DJ Nansuya

 

Sumber: Saifulasyrafx

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang