Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Warga kota dapat menyaksikan pemandangan Menara Berkembar KLCC dan Menara KL yang diselubungi awan tebal pagi tadi.
Lapor Bernama, fenomena itu berlaku sekitar jam 9 pagi dengan bacaan suhu sekitar 23°C.
Berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), negara kita kini berhadapan Monsun Barat Daya dan dijangka akan berterusan sehingga pertengahan September ini.


Terdahulu, MetMalaysia telah mengeluarkan amaran hujan lebat melibatkan tiga negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perak sehingga Jumaat ini.
Beberapa kawasan di negeri terlibat juga dilaporkan dilanda banjir di mana seramai tiga orang dilaporkan maut di Kedah setakat pagi tadi. Sementara itu, seramai 102 mangsa di Perak dilaporkan telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir melibatkan lima buah kampung di sekitar Taiping.