Siakap Keli

“Pelik, Boba Campur Cendol Tapi….” Barista Chatime ‘Share’ Air Baru ‘Limited Edition’ Perisa ‘Lejen’, Kena Cuba Merdeka Ni

Pejam celik pejam celik, dah 64 tahun negara kita merdeka. Seperti biasa, setiap kali masuknya bulan Ogos, ‘aura’ sambutan kemerdekaan pasti ada di mana-mana. Biasanya orang akan memasang bendera Malaysia di luar rumah. Selain itu, sejak negara kita merdeka, budaya dan cara hidup tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah diasimilasikan menjadi sebahagian daripada rutin hidup, salah satunya adalah makanan dan minuman.

Bercakap pasal minuman, sejak dulu lagi orang kita tak kira bangsa cukup ‘familiar’ dengan tiga jenis air yang begitu ‘syok’ diminum, iaitu cendol, ais batu campur atau ABC dan lai-chee-kang. Perasan tak, biasanya ketiga-tiga minuman ni akan jadi pilihan utama kalau nak ‘sejukkan’ badan, kan? Ia memang enak diteguk ketika cuaca panas, atau semasa tengah bersantai minum petang dengan kawan-kawan.

“Pelik, boba campur cendol…tapi sedap rasa Malaysia!”

Kegemilangan hari Merdeka ini membuatkan seorang barista Chatime, Amir Dazli, 19 tahun, berasa semakin terinspirasi untuk terus belajar ‘membancuh’ pelbagai variasi teh Chatime. Setelah setahun berpengalaman, kini Amir dapat meluaskan lagi kemahirannya dengan ‘menaiktaraf’ santapan tradisional rakyat menjadi minuman moden. Hari Merdeka pula dah dekat, ‘confirm’ mesti ramai yang nak cuba minum cendol boba air tangan Amir ini kan?

Sambut merdeka dengan cendol, ABC & lai-chee-kang

Oleh itu, syarikat minuman teh Chatime baru-baru ini telah melancarkan tiga menu terbarunya iaitu perisa Cendol, ABC dan Lai-Chee-Kang. Yang bestnya kalau korang nak tahu, menu istimewa Merdeka Seha-Tea Sejiwa kali ni dibuat adalah bersempena untuk menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke-64 pada tanggal 31 Ogos ni.

Justeru, Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia, Aliza Ali berkata, rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, kepercayaan mahupun keturunan telah bersama-sama berkongsi saat gembira merayakan Hari Kemerdekaan bertemankan hidangan makanan dan minuman di kedai kopi, restoran, kopitiam dan sebagainya sejak 64 tahun yang lalu.

“Walaupun keadaan kini tidak memungkinkan untuk kita bertemu seperti sebelumnya, ia tidak akan mematahkan semangat nasionalisme dan kesatuan antara rakyat Malaysia. Semangat persahabatan dan kekeluargaan akan memastikan maksud sebenar ‘Merdeka’ tidak pernah luntur di mana jua kita berada.

“Bagi menggamit kembali semangat kebersamaan ini, hanya untuk waktu terhad, kami telah menyediakan tiga minuman khas bersempena dengan Merdeka, iaitu Cendol, ABC dan Lai-Chee-Kang.  Cita rasa kegemaran rakyat Malaysia ini tentunya dapat mengembalikan saat-saat nostalgia berkongsi waktu bahagia bersama keluarga dan rakan-rakan dalam suasana gembira dan gelak tawa,” katanya.

Cendol Milk Tea
ABC Milk Tea
Lai Chee Kang Tea

Bina suasana gembira sesama bangsa bermula dari secawan cendol

Selain itu, Pengarah Eksekutif Chatime Malaysia, Widayu Latiff pula berkata, orang Malaysia ini sentiasa ‘diwarnai’ dan kaya dengan kepelbagaian. Satu perkara yang sangat menyatukan hubungan kita semua adalah melalui makanan dan minuman kegemaran. Katanya, semangat ‘bersatu di meja makan’ inilah yang menjadi sumber inspirasi kepada tiga minuman baru yang ‘lejen’ ini.

“Ia bukan sahaja mengingatkan kita pada saat kebersamaan dan kegembiraan yang dialami bersama, tetapi juga dengan semangat kental berasaskan apa jua rintangan dan cabaran yang mendatang, kita akan hadapi bersama. Inilah pengertian di sebalik tema Hari Merdeka Chatime bagi tahun ini iaitu Seha-Tea Sejiwa,” katanya.

Ya, itulah istilah paling tepat yang ada dalam secawan cendol, ABC dan lai-chee-kang ini iaitu sehati sejiwa. Kita kan dah 64 tahun merdeka, telah banyak rintangan dan cabaran yang kita hadapi bersama selama ini. Jadi bersempena hari merdeka ini, apalah salahnya kita ‘reunion’ balik dengan rakan-rakan, duduk semeja sambil menikmati minuman ‘lejen’ ni kan?

Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk menikmati teh ‘boba’ istimewa berperisa cendol, ABC dan lai-chee-kang yang dibawakan khas daripada Chatime ini. Korang boleh dapatkannya di mana-mana cawangan Chatime berhampiran sekarang. Jom kita sambut merdeka bersama kawan, kita satukan jiwa kita, kita hidupkan balik keharmonian bermula dari secawan cendol Merdeka Seha-Tea Sejiwa!

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'