Siakap Keli
Gambar Via Bangkok Post

Wanita Tak Sengaja Disuntik Dua Dos Vaksin Pada Hari Yang Sama

Seorang wanita warga emas dilaporkan secara tidak sengaja telah menerima dua suntikan vaksin pada hari yang sama.

Menurut Bangkok Post, wanita tersebut telah pergi ke pusat vaksinasi di daerah Muang untuk mendapatkan dos kedua vaksin AstraZeneca.

Kejadian  itu juga dimuatnaik oleh seorang lelaki di Facebook yang mengatakan bahawa warga emas yang bernama Somwang Jukul itu merupakan satu-satunya individu di Buri Ram yang menerima dua suntikan AstraZeneca pada hari yang sama.

“Pagi ini seorang pegawai kesihatan menghubungi dan bertanya mengenai keadaannya. Dia baik-baik saja. Terima kasih kerana menunjukkan keprihatinan,” kata lelaki itu.

Sementara itu, dalam temubual di rumahnya di daerah Nang Rong, Somwang, 70, mengatakan kepada media bahawa dia pergi ke pusat vaksinasi tersebut bersama suami, anak dan seorang saudaranya.

Gambar Via Bangkok Post

Mereka semua menghadari temujanji untuk menerima suntikan dos kedua setelah sudah mendapat dos pertama vaksin Sinovac pada 24 Julai.

Menurutnya, dia telah menerima suntikan di lengan kanan dan seterusnya menunggu di zon pemerhatian. Semasa berjalan keluar, dia dipanggil oleh jururawat di meja lain yang menyuruhnya duduk.

Tanpa bertanya apa-apa, jururawat tersebut telah memberikannya satu lagi suntikan di lengan kiri. Dia tidak bersuara dan membantah suntikan tersebut kerana tidak sedar bahawa itu merupakan kesalahan.

Setelah keluar dari zon itu, dia bertemu dengan anaknya dan memberitahu bahawa telah menerima dua suntikan, membuatkan anaknya terkejut dan tertanya-tanya adakah keadaannnya baik-baik saja.

Wanita itu mengatakan bahawa dia tidak mengalami gejala serius tetapi hanya demam, keletihan dan mengantuk setelah mendapatkan suntikan itu.

Wakil Ketua Kesihatan Buri Ram, Dr Jeerasak Thipsunthornchai pula mengatakan bahawa terdapat salah faham di antara jururawat dan wanita itu, dia berjanji bahawa kejadian seperti itu tidak akan berlaku lagi.

Sumber: Bangkok Post

Sofea

There's always another side to every story