Siakap Keli
Gambar Via Suara.com

Bijak Betul, Budak Ini Namakan Kucingnya Tupperware, Supaya Tak Kena Buang Dengan Ibu

Memberikan nama panggilan kepada haiwan peliharaan sememangnya sudah menjadi kebiasaan. Ada sesetengah orang yang gemar memberikan nama panggilan seperti nama manusia dan ada juga yang memberikan nama berdasarkan ciri-ciri yang ada pada haiwan masing-masing.

Bagi kucing, antara nama yang paling popular adalah oyen, uteh, belang dan tompok. Ia diberikan berdasarkan warna dan corak bulu mereka.

Tapi jangan tak tahu pula, ada je nama kucing yang sangat pelik dan tak masuk akal.

Sama seperti seekor anak kucing yang tular di Indonesia beberapa tahun lalu sebab diberikan nama Tupperware.

Menurut Suara.com, nama itu diberikan oleh seorang kanak-kanak sejurus selepas anak kucing itu dilahirkan. Difahamkan, alasan dia memberikan nama itu adalah kerana tak mahu ia dibuang oleh ibunya.

Gambar Via Suara.com

Maklumlah, kebanyakan ibu-ibu kan memang suka kumpul dan simpan bekas-bekas jenama Tupperware, kalau hilang boleh bising satu rumah.

Jadi mengikut logik kanak-kanak itu, kira selamatlah anak kucing itu nanti sebab Tupperware tak akan sewenang-wenangnya dibuang kerana ia merupakan barang yang berharga.

Gelagat kanak-kanak yang bernama Aji itu dimuatnaik oleh ibunya di Facebook dan menjadi tular.

Sumber: Suara.com

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.