Siakap Keli
Gambar: @watsonT

(Video) Macam Sedang Dibelai ‘Sesuatu’, Rakaman Kucing ‘Meracau’ Seakan ‘Terganggu’ Undang Seram

Pernah tak kucing atau haiwan peliharaan anda berkelakuan pelik secara tiba-tiba? Sebelum ini, kita pernah membaca kisah di mana seorang wanita menyaksikan kucingnya ‘bermain’ dengan seorang ‘akak‘ berambut panjang pada jam 1 pagi.

Rakaman ketika dia sedang mencari kucingnya yang hilang ternyata membuatkan orang ramai berdiri bulu roma tatkala melihat kelibat dimaksudkan seakan sedang ‘membelai’ haiwan tersebut.

Kejadian hampir serupa juga dikongsikan oleh seorang wanita di luar negara yang musykil dan berasa seram melihat reaksi kucingnya yang seakan-akan dibelai sesuatu.

Menerusi video dikongsikan wanita itu, kelihatan kucing berkenaan mengiau dan tubuhnya melentok seperti sedang dibelai sesuatu. Malah, ia juga tampak seperti sedang menghidu-hidu persekitarannya.

Tonton video tersebut di bawah.

“Mengiau dan nampak seperti sedang dibelai. Seakan ia sedang menghidu sesuatu dan tiada apa pun di situ. Menakutkan.”

@2211ttl

meowing like crazy and looked like he was being pet. seriously looked like he was sniffing something and nothing was there! before bed too scared me.

♬ original sound – WatsonT

Apa pendapat anda? Pernahkah kucing anda berkelakuan serupa? Adakah ia tindakan refleks haiwan yang normal atau mempunyai misteri di sebaliknya?

Sumber: @watsonT

Amira

Love yourself.