Siakap Keli

Tular ‘Eksperimen Sosial’ Dine-In, Polis Tahan Dua Individu Berusia 35 Dan 36 Tahun

Polis menahan dua individu yang terlibat dalam mengeluarkan kenyataan mengenai ‘eksperimen sosial’ dengan masuk ke kedai dan merakamkan gambar makan secara dine-in di dalam restoran tanpa melengkapkan dua dos vaksin seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya telah membuat tangkapan pada jam 5 petang semalam terhadap seorang lelaki dan perempuan Melayu berumur antara lingkungan 35 dan 36 tahun, sebaik menerima aduan dari orang awam.

“Pemilik akaun juga turut memuat naik kenyataan yang telah mendatangkan ketakutan dan kegentaran kepada orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, selain Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi Malaysia.

Beliau berkata, orang ramai diminta untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menjalani kehidupan seharian bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Sumber: Polis Klang Selatan

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'