Siakap Keli

(Video) Bau Macam Baccarat Rouge 540 Pun Ada, 3 ‘Body Mist’ Ini Bau Seperti ‘Perfume’ Mahal Anda Kena Cuba

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mempunyai aroma badan yang harum dan segar adalah impian setiap orang tak kira lelaki atau wanita. Bukan hanya mandi menggunakan sabun tetapi kita juga perlu menggunaka minyak wangi untuk menyokong penampilan kita setiap hari.

Tidak dinafikan, minyak wangi juga merupakan salah satu cara untuk mempengaruhi tahap kenyakinan seseorang. Bayangkan kalau badan kita berbau busuk atau masam peluh, sudah pasti orang sekeliling tidak selesa dengan kita bahkan kita sendiri akan lebih menyendiri untuk bertemu dengan orang.

Jadi, menerusi satu perkongsian di laman Tiktok, Aus Meshi yang berkongsi beberapa jenis ‘body mist’ daripada salah satu jenama terkenal dengan harga yang berpatutan tetapi menampilkan bau yang sangat wangi seperti jenama mahal.

“Ada yang bau seperti minyak wangi yang berharga beribu…”

Ini antara jenis ‘body mist’ yang sama dengan bau minyak wangi yang mahal.

1. Dark Kiss 

Baunya seperti minyak wangi Midnight Fantasy Britney Spears yang harganya cecah ratusan ringgit. 

2. Dahlia

Baunya sepperti campuran minyak wangi Carolina Herrera Good Girl dan So Scandal harganya cecah lebih RM500 sebotol untuk kuantiti 80ml.

3. In the stars

Body mist ini antara yang diminati ramai kerana baunya seakan-akan minyak wangi yang cecah harga ribuan ringgit iaitu seperti Baccarat Rouge 540. 

Jadi, mana menjadi pilihan hati korang antara ketiga-tiga body mist ini?

@ausmeshi

Reply to @airaxaraa Korang pakai BBW apa ? #tiktokmalaysia #PerfumeMalaysia #perfumetiktok #ausmeshi

♬ original sound – Yo

 

Sumber: Ausmeshi

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang