Siakap Keli
Gambar: @trashywashyy

(Video) 59 Juta Tontonan, Gadis 13 Tahun Alami Jangkitan Kutu Serius, Penuh Kepala Sebelum ‘Diselamatkan’

Bagi wanita, mungkin ramai yang pernah diserang kutu semasa masih di usia kanak-kanak. Ada yang terjangkit dari kawan-kawan, ada juga dijangkiti semasa tidur bersama saudara.

Siapa yang pernah terkena jangkitan kutu, pasti tahu betapa seksanya kepala tergaru-garu. Menjadi satu kelegaan dan kepuasan bila dapat menghapuskan keturunan kutu di atas kepala, termasuklah memicit serangga yang kekenyangan darah dan telurnya itu sehingga pecah.

Inilah yang dilakukan pemegang akaun TikTok, @trashywashyy yang menunjukkan pembasmian kutu pada rambut pelanggannya.

Kongsi wanita itu, remaja berusia 13 tahun berkenaan mengalami jangkitan kutu yang serius, malah kutu bukan sahaja menghisap darah di celahan rambut, tetapi juga pada dahi remaja tersebut.

Susulan itu, dia sempat mempertimbangkan untuk mencukur rambut remaja terbabit namun membatalkan niatnya. Sebaliknya, dia menggunakan sikat dan bahan khas untuk membersihkan rambut remaja berkenaan.

Perkongsian itu telah mendapat lebih 59 juta tontonan dan 7.2 juta tanda suka setakat ini.

@trashywashyy

Share this to a friend and say nothing 🥴😳 #licetok #liceasmr #headlice #fyp #viral

♬ FEEL THE GROOVE – Queens Road, Fabian Graetz

Sumber: @trashywashyy

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.