Siakap Keli

(Video) Balik Dari Memancing Sorang-Sorang, Lelaki Ini Selisih Dengan ‘Lembaga’ Misteri

Sebuah video yang memaparkan satu entiti seakan-akan ‘orang’ berdiri di tepi jalan menjadi tular di media sosial hari ini.

Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Paramistik Utara menunjukkan situasi di mana seorang lelaki yang dipercayai baru pulang dari memancin dan melalui kawasan sunyi pada lewat malam dikatakan terlihat ‘sesuatu’ yang ngeri.

Dalam dilihat dalam video tersebut, satu lembaga seperti manusia sedang ‘berjalan’ berseorangan di jalan yang sunyi dan gelap. Namun, dakwaan orang ramai, ‘ia’ dikatakan tidak mempunyai kepala.

Bukan itu sahaja, pada durasi saat ke-20 di dalam video tersebut ada penampakan seperti lembaga ‘gula-gula’ yang sedang berdiri di tepi jalan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan berkenaan kesahihan video itu namun ia sudah menjadi tular di laman media sosial.

@pnuofficial2018

Ada “sesuatu” yang berdiri di tepi jalan, aku tak pasti apa?, kejadian baru tadi, ni aku otw balik dari memancing seorg diri… fikir nak uturn balik,

♬ original sound – Paramistik Utara – PNU – Paramistik Utara – PNU

Sumber: Paramistik Utara

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang