Malang tidak berbau. Tak kira di jalanan mahupun di rumah, kemalangan boleh terjadi pada bila-bila masa.
Inilah yang berlaku pada sebuah keluarga di Vietnam apabila kipas siling terjatuh ketika mereka sedang makan malam di rumah mereka pada 8 Julai lalu.
Menurut Daily Mail, enam sekeluarga itu sedang duduk di atas lantai sambil menikmati hidangan sebelum seorang kanak-kanak lelaki dipercayai terdengar bunyi aneh pada atas siling. Dia sempat memandang ke siling sebelum secara tiba-tiba kipas tersebut jatuh ke atas lantai.
Nasib menyebelahinya apabila tidak mengalami kecederaan selepas bilah kipas berkenaan nyaris menghempap dirinya. Seorang wanita dilihat mengusap kepala budak tersebut bagi memastikan tiada kecederaan yang dialaminya.
Berikut adalah rakaman ketika kejadian berlaku.
Sumber: Daily Mail