Siakap Keli
Kredit: Facebook/Tova Little

(Video) Ngeri, Wanita Panik Bertukar Kagum Tengok Ular Sawa Sedang Telan Kelawar ‘Gergasi’,

Seorang wanita di Queensland, Australia sempat merakam kelibat seekor ular sawa sedang menelan seekor kelawar yang besar di belakang rumahnya, lapor The Science Times.

Menurut portal itu, Toya Ferris telah memuatnaik video berkenaan ke laman Facebook mliliknya pada Mac lalu. Rakaman tersebut menunjukkan seekor ular sawa yang bergantungan pada dahan pokok sedang berusaha menelan mangsanya.

“Ternampak makhluk ini bergantungan pada pokok saya pagi ini makan kelawar,” tulisnya.

Jelas wanita itu, dia pertama kali melihat ular sawa itu ketika sedang menikmati secawan kopi di luar rumah sebelum terdengar bunyi pelik.

Menghuraikan mengenai kejadian tersebut, sebaik sahaja dia memandang ke sebelah kanan, dia ternampak kelibat dua haiwan itu.

“Pada mulanya saya panik dan menjauhkan diri, tapi berasa kagum melihat apa yang sedang berlaku di depan mata,” katanya.

Jelas wanita itu, ular tersebut mengambil masa sekitar dua jam untuk memakan kelawar berkenaan sebelum melingkar di atas pokok selama dua jam dan menghilangkan diri.

Berikut adalah rakaman ketika pertembungan itu berlaku.

Sumber: The Science Times

Amira

Love yourself.