Siakap Keli
Gambar: Jambrong99

(Video) Tular Belut ‘Raksasa’ Didakwa Seberat 1 Tan Ditemui Tepi Sungai, Rupa-rupanya…

Di Indonesia, orang ramai terpana dan kagum melihat rakaman ‘seekor ikan sidat’ gergasi atau nama lainnya belut ‘raksasa’ di sebuah anak sungai.

‘Haiwan’ bersaiz besar itu dilihat ‘terdampar’ di tebing sungai berkenaan sementara beberapa individu mengelilingi spesies tersebut.

Rakaman video tersebut telah meraih perhatian warga maya dengan lebih 1 juta tontonan di saluran Youtube Jambrong99 sejak dimuatnaik kira-kira 4 minggu lalu.

Nampak seakan belut yang sebenarnya, namun ‘haiwan raksasa’ tersebut adalah satu replika yang dibina oleh seorang lelaki menggunakan batu dan tanah liat daripada anak sungai berkenaan.

Proses penciptaan replika itu turut dikongsikan menerusi video yang sama di mana lelaki berkenaan menyusun batu-batu sungai dan menampal tanah liat sedikit demi sedikit sehinggalah terhasil bentuk belut tersebut.

Dia kemudiannya mengecat haiwan itu dengan corak tompok hitam bagi memberi kesan realistik terhadap replika berkenaan.

Selain replika belut, lelaki itu turut menghasilkan replika haiwan lain seperti ikan arowana, ular dan penyu menggunakan kayu dan buluh.

Jom lihat karyanya di bawah.

Sumber: Jambrong99

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.