Siakap Keli
Gambar: Daily Star

Badan ‘Sado’ Berketul-ketul & Kepala Botak, Polis Ini Viral Gara-gara Muka Mirip The Rock

Seorang anggota polis menjadi tular di internet kerana rupa paras yang mirip dengan bintang Hollywood Dwayne Johnson.

Polis tersebut telah dibandingkan dengan pelakon filem Jumanji yang berusia 49 tahun itu, The Rock, selepas satu gambarnya dimuat naik di page Facebook Morgan County Sheriff.

Leftenan Eric Fields dari Alabama dapat dilihat tersenyum ketika dia bersandar di sebuah van polis dalam gambar yang dimuat naik itu.

Gambar yang telah mendapat ribuan like itu telah membuatkan pengguna sosial media membandingkannya dengan bekas bintang sukan Wrestling berkenaan.

Rata- rata pengguna Facebook terkejut dengan persamaan yang terdapat pada wajah kedua-dua lelaki itu.

“Mengapa The Rock ada dalam gambar ini? Saja tanya,” tulis seorang warganet.

“Ummm tu The Rock ke?”, tulis seorang lagi.

Lelaki tersebut memberitahu kepada agensi berita WVTM13 bahawa dia kini sedang menikmati kemahsyurannya selepas dibandingkan dengan pelakon tersebut.

Walau bagaimanapun, lelaki yang berusia 37 tahun itu menyatakan bahawa terdapat beberapa perbezaan yang ketara diantara dirinya dan bintang Hollywood tersebut.

“Tinggi The Rock 6 kaki 4 inci dan mempunyai berat 260lbs, saya pula 6 kaki 2 inci dan mempunyai berat sebanyak 230lbs.

“Terdapat perbezaan yang ketara diantara kami berdua,” ujarnya.

Sumber: Daily Star

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: