Siakap Keli
Kredit: Bernama

MetMalaysia Keluarkan Ramalan Cuaca Sempena Hari Kebangsaan Ke-64 Bagi Seluruh Negara

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan ramalan cuaca sempena Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-64 sebentar tadi. Ramalan tersebut meliputi semua negeri di dalam Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak yang dijangkakan berlaku pada 31 Ogos, Selasa ini.

Melihat kepada ramalan cuaca yang dikeluarkan, semua negeri dijangka dilanda ribut petir terutamanya pada waktu pagi dan petang. Walau bagaimanapun, beberapa negeri, iaitu Pahang, Kelantan dan Terengganu dijangka mengalami cuaca yang baik pada sebelah pagi pada hari berkenaan.

Tiada jangkaan ribut petir berlaku pada waktu malam, namun kebanyakan negeri berkemungkinan akan mengalami hujan lebat, seperti yang dipaparkan melalui ramalan cuaca dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia.

Untuk ramalan cuaca sempena Hari Kebangsaan ke-64 yang lebih terperincin bagi setiap negeri, anda boleh merujuk gambar di bawah:

Kredit: MetMalaysia

Sumber: Twitter Jabatan Meteorologi Malaysia

Hanis Lyana