Siakap Keli
Gambar: Tiktok

(Video) Semua ‘Cuak’ Bila Pakcik Ni ‘Tolak Pinangan’ Pihak Lelaki, Tapi Alasannya Buat Ramai Lega

Majlis meminang merupakan salah satu adat yang perlu dilakukan oleh pasangan sebelum beralih ke peringkat selanjutnya, iaitu pernikahan. Majlis ini mempertemukan dua buah keluarga dari pihak lelaki dan pihak wanita untuk proses berkenalan dan perbincangan. Biasanya, keluarga lelaki yang akan bertandang ke rumah keluarga pihak wanita.

Semasa majlis, wakil daripada pihak keluarga lelaki akan menyampaikan maksud dan tujuan kedatangan mereka, iaitu ingin meminang anak gadis dari keluarga yang didatangi mereka. Semua pihak sudah tentu menginginkan acara pinangan mereka dipersetujui dan diterima dengan baik untuk melanjutkan hubungan hingga ke jenjang pernikahan.

Namun begitu, lain pula kisahnya dalam sebuah video yang viral di Tiktok baru-baru ini. Video yang dikongsikan menerusi akaun @rohma0317 itu memperlihatkan seorang wakil daripada keluarga perempuan sedang memperkatakan sesuatu mengenai lamaran tersebut. Dengan wajah yang polos, seorang pak cik yang menjadi wakil itu telah menolak lamaran keluarga pihak lelaki.

Kredit: undercover.id

“Sebagai wakil dari keluarga besar Encik Jumadi dan mengikut apa yang disampaikan tadi, iaitu untuk meminang atau melamar, saya belum boleh menerima,” ucap lelaki tersebut.

Mendengarkan hal itu, tentu saja semua orang yang berada di situ berasa terkejut. Akan tetapi, untungnya lelaki tadi terus menyambung ucapannya sekali gus membuat tetamu kembali lega.

“Sebab yang berhak untuk menentukan adalah beliau, iaitu tuan rumah,” tambah beliau dengan nada bergurau.

Seorang tetamu dipercayai salah seorang ahli keluarga lelaki pun menyahut dengan mengatakan “terkejut” lalu membuatkan seisi rumah tertawa.

@rohma0317

Kenapa ini part lucu banget si 😂😂😂

♬ suara asli – CumanGabutAja – CumanGabutAja

Video mengenai kisah lucu ini telah mendapat jumlah tontonan yang banyak sehingga mencecah 2.9 juta. Tidak hanya itu, ramai netizen turut memberi komen dan reaksi terhadap video tersebut.

“Bagus pakcik ni punya prank”

“Gurauannya mengandungi adrenalin yang tinggi”

“Mesti pakcik ni masa muda dia selalu buat dark jokes

Sumber: Suara.com

Hanis Lyana