Siakap Keli
Kredit: Bernama

Kemasukan Pesakit COVID-19 Ke ICU Di Hospital Lembah Klang Tunjuk Trend Penurunan – KP Kesihatan

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi telah mengeluarkan kenyataan berkaitan kadar vaksinasi Covid-19 yang dikatakan terus meningkat dari hari ke hari, terutamanya di kawasan Lembah Klang.

Tidak hanya itu, kemasukan pesakit Covid-19 ke wad ICU di hospital-hospital Lembah Klang juga telah menunjukkan penurunan kes manakala pesakit kategori 4 dan 5 semakin berkurang di Hospital Sungai Buloh.

Alhamdulillah, kadar vaksinasi COVID-19 yang kian meningkat khususnya di Lembah Klang terus menunjukkan tanda-tanda awal yang positif.
Terkini, kemasukan pesakit COVID-19 ke ICU di hospital-hospital Lembah Klang menunjukkan trend penurunan selari dengan peningkatan liputan vaksinasi dos yang lengkap. Di Hospital Sungai Buloh khususnya, kemasukan pesakit COVID-19 kategori 4 dan 5 semakin berkurangan.
Marilah kita bersama-sama berusaha memastikan diri sendiri dan ahli keluarga tersayang yang layak menerima dos vaksinasi lengkap bagi mengurangkan risiko keterukan penyakit yang serius dan kemasukan ke hospital, mengurangkan risiko kemasukan ke ICU dan mengurangkan risiko kematian akibat COVID-19.
Mengambil dos lengkap vaksin COVID-19, memakai pelitup muka (sebaik-baiknya double face mask & face shield), menjaga penjarakan fizikal dengan mengelakkan 3S (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat) dan kerap mencuci tangan adalah usaha dan ikhtiar kita untuk mencegah dan membendung penularan jangkitan virus COVID-19.
Lindung diri, lindung semua

Kredit: Facebook Noor Hisham Abdullah 

Kredit: Facebook Noor Hisham Abdullah

 

Kredit: Facebook Noor Hisham Abdullah

 

Sumber: Facebook Noor Hisham Abdullah

Hanis Lyana