Siakap Keli
Kredit: Daily Mail

(Video) Pengunjung ‘Cuak’ Anak Rusa Terjunam Di Tebing Air Terjun 50 Kaki, Seakan ‘Ajaib’ Boleh Timbul Semula

Sekumpulan pengunjung yang juga merupakan pencinta hidupan liar berasa ketakutan ketika menyaksikan seekor anak rusa terjun hampir 50 kaki dari air terjun yang mengalir deras. Mereka tersentak kerana anak rusa itu menghilang di sungai tetapi akhirnya menarik nafas lega setelah menyedari haiwan tersebut masih selamat.

Berdasarkan video yang beredar di media sosial, kelihatan rusa itu dibawa arus yang deras sehingga ke kawasan air terjun di Tahquamenon Falls State Park, Michigan. Menurut laporan, anak rusa itu sebenarnya sedang bermain-main di perairan sungai. Ia berlari ke hilir sehingga tidak menyedari di hadapannya terdapat kawasan air terjun yang tinggi yang boleh menyebabkannya terjatuh ke bawah.

Kredit: Daily Mail

Dalam video tersebut, kedengaran pengunjung-pengunjung di situ berteriak kerana khuatir ,”Tidak” dan “Apa yang dia sedang lakukan”. Namun begitu, beberapa minit kemudian, haiwan kecil itu dilihat terapung di bahagian bawah sungai sebelum sampai ke tebing dan berusaha keluar.

Seorang saksi berkata, “Saya berada di Tahquamenon Falls di Luce County, Michigan. Pada masa itu, terdapat seekor anak rusa sedang menyusuri sungai ke arah kami dan kelihatan sangat comel. Saya pun mula merakam. Kemudian, saya menyedari ia tidak berhenti sehingga hampir dengan air terjun. Anak rusa itu pun terjatuh dan saya fikir ia akan mati tetapi selang beberapa minit kemudian, saya lihat dia masih berenang!”

Tambahnya, “Saya tertanya-tanya dari manakah datangnya dan adakah ia boleh selamat dan baik-baik sahaja.”

Dalam video itu juga kedengaran suara seorang pengunjung yang seolah-olah tidak mempercayai bahawa anak rusa itu boleh selamat. Hal ini disebabkan Air Terjun Tahquamenon merupakan salah satu air terjun terbesar di sebelah timur Sungai Mississippi yang berukuran 200 kaki.

Seorang penonton dapat didengar dekat akhir video yang mengatakan: ‘Saya tidak boleh mempercayainya.’ Air Terjun Tahquamenon adalah salah satu air terjun terbesar di sebelah timur Sungai Mississippi, berukuran 200 kaki.

Sumber: Daily Mail

Hanis Lyana