Siakap Keli
Gambar: TikTok @ameermohd_26

Tengah ‘Shoot’ Pengantin Dalam Hutan, Jurugambar Nampak Ada ‘Benda’ Melintas, Rupanya

Bila meraikan hari bahagia seperti perkahwinan, dah jadi kebiasaan kebanyakan rakyat Malaysia menggunakan khidmat jurugambar untuk mengabdikan kenangan terindah mereka.

Sesi bergambar atau photoshoot ni terpulang kepada pengantin sendiri, sama ada dilakukan secara indoor, outdoor atau kedua-duanya.

Melalui sebuah video yang diunggah di akaun TikTok @ameermohd_26, lelaki yang dikenali sebagai Ameer ini memuatnaik video ketika dia di lokasi penggambaran outdoor.

Video ini mendapat 2.1 juta tontonan di TikTok setakat ini.

Dalam video tersebut, Ameer sedang shoot gambar pengantin berlatarkan kawasan hutan. Manakala kawannya merakam video di sebalik tabir.

Namun, tiba-tiba rakannya yang dikenali sebagai Bamir ternampak kelibat yang melintas di belakang pengantin. Bamir kemudiannya mengekori sosok yang terus berjalan ke dalam hutan sambil terus merakam.

@ameermohd_26

Yang bukan2 jela kau ni rakam @bng.amir 😭 aku sruh bts tp kau p rakam bnde lain 😪 #photography #photographyguru #tiktokguru

♬ Scary sound – Ameer Mohd

Dalam sebuah video bahagian kedua yang diunggah di akaun sama, pengunggah mendedahkan ‘penampakan’ yang dilihat lalu di belakang pengantin tersebut.

Rupa-rupanya kelibat yang mereka nampak tu adalah pasangan pengantin lain yang turut photoshoot di tempat sama.

Melihat keadaan pengantin ini yang ketika itu tiada jurugambar, pengunggah menawarkan diri untuk mengambil gambar kahwin mereka sementara menunggu jurugambar upahan mereka datang.

@ameermohd_26

Reply to @hananinsyirah2 sorry 🙏🏻 sbb lewat x expect pon video tu fyp n aku pon baru bkk tiktok sbb smlm abih shoot trus edit ape smua x smpt nk cek phone 🙏🏻 xsngka smpai 1m 😭 #photographyguru #fypシ

♬ Wali Yank by Iyuz misterius – Iyuz misterius

Sumber: TikTok @ameermohd_26

Eyla Azri