Siakap Keli
Kredit: Bernama

Pengurangan Saman JPJ Sebanyak 70% Sehingga 16 September

Tawaran pengurangan bayaran saman sebanyak 70% oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia masih berbaki 14 hari saja lagi. Perkara itu dikongsikan di laman Twitter JPJ Malaysia yang memaklumkan bahawa pengurangan saman sempena Bulan Kemerdekaan 2021 adalah sehingga 16 September.

Merujuk kepada laporan sebelum ini, antara notis saman yang ditawarkan diskaun ialah bagi kesalahan-kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334) serta Kaedah-Kaedah dan Perintah-Perintah di bawahnya, termasuklah kes yang masih dalan tindakan Senarai Hitam (blakclist).

Walau bagaimanapun, kes yang masih dalam sebutan pihak Mahkamah dan berstatus waran tangkap atau perbicaraan adalah dikecualikan. Pengurangan yang diberikan adalah berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem mySIKAP JPJ.

Sumber: Twitter JPJ Malaysia

Hanis Lyana