Siakap Keli
Kredit: TribunJakarta.com

Supaya Dirinya Tidak Diburu, Lelaki Didakwa Curi Komputer Di Sekolah Sempat Tinggal Nota Mohon Maaf

Seorang pemuda yang dikenali sebagai D bertindak di luar kebiasaan apabila dia meninggalkan sebuah nota setelah mencuri komputer di sebuah sekolah menengah di Lombok Barat.

Menurut laporan, pemuda tersebut didakwa telah memecah masuk sebuah makmal komputer lalu mencuri komputer-komputer yang berada di situ. Sebelum beredar, pemuda itu sempat menulis sebuah nota pada 3 helai kertas yang berbunyi “Maaf Tuan”, “Assalammualaikum Covid-19 Puck” dan “Saya akan kembali In sha Allah”.

Dia dikatakan sengaja bertindak sedemikian supaya pihak sekolah dapat memaafkan perbuatannya dan tidak mencarinya. Pemuda tersebut bagaimanapun telah ditahan oleh pihak polis. Dia mengakui bahawa dia berkebolehan untuk memperkotak-katikkan komputer setelah belajar di laman Youtube. Komputer yang berjaya dicuri kemudiannya akan dijual, lapor portal.

Kredit: TribunJakarta.com

Setakat ini, baru satu unit komputer yang terjual dan dia berjaya mendapatkan wang sebanyak RM638.43. Wang tersebut dipakai untuk membeli telefon bimbit dan makanan.

Menurut Ketua Polis Lombok Barat AKBP, Bagus S Wibowo, komputer-komputer yang dicuri merupakan peralatan yang diperlukan untuk kegiatan pembelajaran di sekolah tersebut.

Oleh itu, pihak polis telah mengembalikan komputer-komputer tersebut ke pihak sekolah bagi tujuan peperiksaan pelajar atas alasan “pinjam dan pakai”. Katanya, “Barang ini akan digunakan dalam proses perbicaraan nanti, sebab tu bahasanya kami “pinjam dan pakai.”

Sumber: TribunJakarta.com

Hanis Lyana