Siakap Keli
Kredit: RepublicWorld.com

(Video) Macam Bayang-bayang, Gelagat Kucing Hitam Main ‘Sliding’ Badan Buat Warganet Terhibur

Kucing sememangnya sejenis haiwan yang menarik. Ada saja tingkah laku lucunya yang membuatkan orang lain terhibur. Kucing dikatakan mampu menjadi teman yang setia dan menjadi penyeri di rumah. Walaupun kadang kala kucing berperangai nakal seperti mencuri lauk, memecahkan barangan, berak merata-rata, tetapi bila dia tiada, pasti kita akan rasa rindu yang teramat sangat dengan kecomelannya itu.

Seperti yang berlaku dalam sebuah video baru-baru ini, kelihatan seekor kucing berbulu hitam sedang bermain-main dengan gembira. Dia baring di lereng tangga lalu meluncurkan diri ke bawah. Dia kemudian naik semula ke atas dan sekali lagi meluncur ke bawah. Aktiviti tersebut dilakukan secara berulang kali.

Tingkah lakunya itu membuatkan ramai penonton berasa geli hati. Ada juga yang menyangka bahawa itu hanya bayangan atau belon kucing yang terapung.

Kredit: RepublicWorld.com
@thesiakapkeli

Kenapa nak stress2 kalau boleh happy?😂 #catsoftiktok #kucing

♬ Hungry Cat-剪辑版 – TikTok

Sumber: RepublicWorld.Com

Hanis Lyana