Siakap Keli
Kredit: Daily Mail

(Video) Gelagat Anak Gajah ‘Struggle’ Nak Panjat Tebing Sungai Jadi Perhatian, Nasib Sempat Dibantu

Sebuah kejadian yang mengharukan berjaya dirakam di mana seekor anak gajah yang tersekat di tebing sungai telah dibantu oleh ibunya. Kejadian tersebut dirakam oleh seorang pembuat filem, Kim Wolhuter, 62 tahun yang sedang berkunjung ke Mashatu Game Reserve di Botswana.

Menurutnya, dia melihat anak gajah itu tersekat dan berusaha mengikuti ibunya di tebing Sungai Majale. Ibu kepada gajah itu pada awalnya tidak menyedari keadaan anaknya itu dan meneruskan perjalanan. Kawanan gajah yang lain pula dilihat berjaya mendorong diri mereka ke atas tebing dengan mudah.

Tetapi anak gajah itu tidak mempunyai cengkaman yang kuat hingga akhirnya gajah lain yang berada di belakang cuba membantu menolaknya ke atas dengan menggunakan belalai.

Kredit: Daily Mail

Wolhuter turut menceritakan kepada Latestsightings.com dengan mengatakan, “Sungai Majale hanya mengalir  selama beberapa bulan dalam setahun. Walaupun permukaan airnya hilang, tetapi masih ada air di bawah pasir yang sering digali oleh gajah untuk mendapatkan sumber air tersebut.”

Tambahnya lagi, “Saya memandu di sepanjang tebing sungai dalam beberapa kilometer untuk melihat siapa yang menggali lubang-lubang ini. Saya lihat tebing di kawasan utara terus “terputus” setiap kali banjir, namun di tempat tertentu gajah dapat mengharungi jalan curam untuk keluar dari dasar sungai.”

“Ketika saya lalu di sebuah jalan, saya lihat ada kawanan gajah sedang menuju ke tebing. Saya berhenti untuk menonton mereka kerana kagum dengan ketangkasan binatang-binatang besar itu. Dua ekor gaja naik ke tebing dan terus bergerak. Kemudian, seluruh keluarga yang lain mengikuti termasuk seekor anak gajah,” ujar Wolhuter.

Kredit: Daily Mail

Hanis Lyana