Siakap Keli
Gambar: devhlanger via Daily Mail

(Video) Lebih 4 Juta Tontonan, Detik Aligator Sambar & ‘Kunyah’ Dron Sampai Berasap Mulut

Detik seekor aligator menyambar sebuah dron dari dalam air dipercayai di Florida Everglades telah menarik perhatian jutaan warga maya yang teruja dengan aksi itu.

Menurut Daily Mail, dron tersebut adalah milik seorang blogger, Dev H Langer yang cuba mendapatkan gambaran dekat reptilia berkenaan dari atas.

Bermula dengan memerhatikan dron yang berterbangan sekitar satu kaki jarak dari atas kepalanya, aligator itu kemudiannya terus menyambar objek berkenaan sekaligus mengunyah peranti tersebut.

Tambah portal itu, haiwan berkenaan dipercayai telah menggigit bateri dron terbabit apabila kelihatan asap berkepul-kepul keluar daripada mulutnya sebelum ia menenggelamkan diri di bawah air.

Rakaman itu telah mendapat lebih 4 juta tontonan sejak dimuatnaik di TikTok.

Dev H Langer mendakwa aligator berkenaan tidak mengalami kecederaan susulan kejadian tersebut.

@devhlanger

#FYP #Everglades #aligator #DJI #Drone #Florida #Snack

♬ original sound – Devhlanger

@devhlanger

Part 2 of alligator eating my drone #FYP #Everglades #Drone #Gators #FloridaMan

♬ original sound – Devhlanger

Sumber: Daily Mail

Amira

Love yourself.