Siakap Keli
Kredit: Tiktok @kaptenrif

(Video) Tak Perlu Berhimpit, Beratur Lama-lama, Penduduk ‘Cop’ Giliran Vaksinasi Guna Selipar

Masyarakat di Indonesia dilihat semakin tertarik untuk mendapatkan suntikan vaksinasi Covid-19. Perkara ini terbukti melalui sebuah video yang viral di media sosial baru-baru ini apabila orang ramai terpaksa beratur panjang sejak waktu subuh.

Menurut portal, mereka yang ingin mendapatkan vaksin biasanya akan diberikan nombor giliran bagi mengelakkan masyarakat berkerumun. Namun begitu, disebabkan kuota yang terhad, orang ramai terpaksa datang mengambil nombor giliran tersebut sejak subuh.

Seperti yang berlaku dalam video yang dimuat naik oleh akaun Tiktok @kaptenrif, terlihat jelas situasi dipercayai di salah satu lokasi vaksinasi yang sudah didatangi oleh ramai penduduk setempat untuk mendapatkan nombor giliran. Apa yang menarik ialah apabila cara mereka beratur yang dianggap unik dan kreatif.

Mereka meletakkan selipar masing-masing sebagai wakil diri sendiri dalam barisan tersebut. Terlihat dalam video itu, selipar-selipar disusun sesuai dengan urutan kedatangan, iaitu siapa yang paling awal maka seliparnya akan berada di hadapan sekali. Disebabkan selipar-selipar mereka disusun hanya dalam satu barisan, maka mereka terpaksa berbaris sehingga terkeluar daripada lokasi vaksin, lapor portal.

Kredit: Tiktok @kaptenrif

Reaksi Warganet

Video yang viral ini telah ditonton sebanyak 3.9 juta kali dan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Antaranya,

“The real tumpang letak selipar ni”

“Tapi bagus idea ni mengelakkan kerumunan”

“Bagus, selain mengurangi rasa penat mereka untuk beratur, boleh juga jaga jarak”

“Tak dapat bayangkan kalau ada kanak-kanak memporak-perandakan selipar itu”

“Sekarang mereka dah sedar ye untuk cucuk vaksin, aku bersyukur dah dapat vaksin dulu walaupun kena paksa”

@kaptenrif

Ada aja kelakuan warga (+62), besok gua nitip sendal dari malem kali yaaa😂

♬ original sound – Tony Roy – Tony Roy

Sumber: Liputan6

 

Hanis Lyana