Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memaklumkan bahawa kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan PUSPAKOM akan dibuka dengan kapasiti 100 peratus bagi walk in bermula 6 September ini, lapor Bernama menerusi ciapan di Twitter.
Ini bermakna, tiada lagi janji temu yang perlu dibuat oleh orang ramai untuk berurusan.
Pun begitu, individu yang berurusan di kaunter JPJ perlu lengkap vaksinasi dan menunjukkan status risiko rendah di MySejahtera.
Selain itu, tempoh moratorium pelanjutan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LLM) juga akan dilanjutkan sehingga 31 Disember depan.
Wee Ka Siong juga mengatakan bahawa pengecualian bayaran gantian LKM dan LLM akan diberikan kepada mangsa banjir di Yan dan Merbok, namun mereka perlu sertakan laporan polis.
📌Kaunter JPJ dan PUSPAKOM dibuka dengan kapasiti 100% bagi ‘walk in’ bermula 6 Sept, tiada lagi janji temu
📌Tempoh moratorium pelanjutan pembaharuan lesen kenderaan motor dan lesen memandu Malaysia dilanjutkan sehingga 31 Dis
– @weekasiongmp @MOTMalaysia pic.twitter.com/m88DWaMISr
— BERNAMA (@bernamadotcom) September 3, 2021
▪️ Tempoh moratorium pelanjutan pembaharuan lesen kenderaan motor dan lesen memandu Malaysia dilanjutkan sehingga 31 Dis.
▪️ Kaunter JPJ dan PUSPAKOM dibuka dengan kapasiti 100% bagi ‘walk in’ bermula 6 Sept, tiada lagi janji temu.
— Wee Ka Siong pic.twitter.com/SbrXjdXAPt
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) September 3, 2021
Sumber: Bernama