Siakap Keli
Gambar Via Thai Enquirer/Pictureofcats/The Thaiger

Ada Yang Kebuluran, Lebih 1,000 Ekor Kucing Comel Ditemui Terabai Di Pulau, Dipercayai Ditinggalkan Tuan

Lebih dari 1,000 ekor kucing dilaporkan hidup terbiar di Koh Phi Phi, iaitu pulau kecil yang merupakan sebahagian daripada wilayah Krabi.

Difahamkan, kucing-kucing itu telah ditinggalkan oleh pemiliknya selepas COVID-19 menjejaskan sektor pelancongan di pulau itu.

Gambar Via Thai Enquirer

Menurut The Thaiger, pemilik kucing-kucing itu bekerja di pulau tersebut atau merupakan pengusaha yang perlu meninggalkan tempat itu kerana COVID-19.

Mereka menyangka bahawa ia hanya sementara saja dan boleh kembali semula namun nampaknya COVID-19 terus semakin ‘mengganas’ dan mereka tidak akan kembali dalam masa yang terdekat.

Disebabkan itu, kucing-kucing tersebut terus dibiarkan di pulau itu tanpa pengawasan manusia.

Dalam pada itu, pegawai tempatan telah berusaha untuk memastikan populasi kucing terkawal melalui pensterilan besar-besaran namun terbukti tidak berjaya.

Gambar Via Pictureofcats

Mereka juga mengatakan kucing-kucing itu kini hanya menunggu diberi makan oleh sukarelawan.

Sejak Mac tahun lalu, para sukarelawan telah memberi makan pada semua kucing sebanyak dua kali sehari.

“Kebanyakan dari mereka kelaparan,” kata seorang sukarelawan, Suda Klinchuen.

Pengguna Facebook di negara itu juga telah membuat kutipan sumbangan untuk membantu kucing-kucing yang kelaparan itu.

Sumber: The Thaiger

Sofea

There's always another side to every story