Siakap Keli
Gambar Via Hisham Mashor

“Bagus Brader Ni…” Makanan Sentiasa Ada Dalam Motosikal, Abang Ni Setiap Petang Ronda Flat Bagi Kucing Terbiar Makan

Setiap rezeki yang dikurniakan kepada kita, ada sebahagian darinya merupakan hak orang lain. Justeru, berkongsilah rezeki yang ada bukan sahaja kepada manusia, tetapi juga kepada haiwan jalanan yang sentiasa kelaparan.

Tambahan pula dalam keadaan pandemik pada ketika ini, orang ramai tidak keluar rumah bagi mengelak dari terkena jangkitan COVID-19 dan kedai-kedai makan juga tidak dibuka. Ia menyebabkan haiwan jalanan seperti kucing dan anjing kelaparan dan tidak tahu mencari makan di mana.

Baru-baru ini, tular beberapa keping gambar yang memaparkan seorang lelaki sedang memberi makan kepada kucing-kucing yang terbiar berdekatan dengan sebuah kawasan flat.

Menerusi perkongsian Hisham Mansor di group Kucing Sepahkan Apa Hari Ini, lelaki tersebut dikatakan akan memberikan makan kepada kucing-kucing tersebut pada setiap petang.

Difahamkan, lelaki itu juga akan sentiasa membawa makanan kucing di dalam bakul motosikalnya.

Bagus brader ni tiap-tiap petang naik moto pusing-pusing kawasan flat cari kucing terbiar dan beri makan. Dalam bakul moto sentiasa ada makanan kucing. Semoga dimudahkan rezeki brader ni. Lokasi di Kepong KL.

Gambar Via Hisham Mashor

Perkongsian di group itu sehingga kini mendapat sebanyak 10,000 tanda suka dan dihujani dengan komen-komen yang positif dari netizen.

Sumber: Hisham Mashor

Sofea

There's always another side to every story