Siakap Keli

Air Sinki Keruh Lepas Gangguan Bekalan Air, Selamat Ke Nak Guna? Ini Jawapan Dan Tips Dari Air Selangor

Pernah tak berlaku di rumah korang, air yang keluar dari paip tetiba menjadi warna keruh atau warna seperti berkarat? Mesti korang akan rasa was-was untuk menggunakan air tersebut kan?

Jadi, kalau situasi ini berlaku di rumah korang, apa tindakan yang korang akan buat? Selalunya ia akan berlaku ketika ketiadaaan air seharian di kawasan kediaman anda.

Oleh itu, bagi menjawab persoalan korang semua, Air Selangor menjelaskan akan berkongsi tentang langkah-langkah yang perlu korang lakukan jika berlaku gangguan bekalan air berjadual atau tidak berjadual.

Air sinki keruh? Selamat ke untuk digunakan?

Situasi sebegini lazimnya berlaku semasa terputus bekalan air disebabkan oleh gangguan bekalan air berjadual dan tidak berjadual.

Insiden ini berlaku disebabkan oleh aliran air di dalam paip utama semasa bekalan air disambung semula dan sedimen yang termendap semasa paip kosong terampai semula seterusnya bergerak mengikut aliran air. Sedimen yang terampai ini menyebabkan bekalan air berubah warna.

Justeru itu, Air Selangor ingin menyarankan agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian. Kebiasaannya, air akan kembali jernih selepas masa 5-10 minit.

Bagaimanapun, sekiranya air berwarna masih berterusan, sila hubungi Air Selangor di 15300 atau Help Centre untuk pemeriksaan dan tindakan susulan pihak mereka. Air Selangor sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua pengguna.

 

Sumber: Air Selangor

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang