Siakap Keli
Kredit: Facebook Puan Siti Zalikha

Lebih 21k Perkongsian, Wanita Kongsi Resipi Viral Telur Goreng ‘Crispy’, Rasa Macam Kulit Ayam

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mungkin sudah menjadi trend terkini masyarakat yang sukakan makanan crispy seperti ayam goreng crispy, pisang goreng crispy dan banyak lagi.

Namun begitu, nak buat makanan crispy ni kena teliti, takut terlebih hangit atau mentah. Bercakap pasal makanan crispy ni, ada satu resepi yang viral yang boleh anda cuba buat di rumah. Perkongsian  oleh Puan Siti Zalikha mengenai resipi Telur Goreng Crispy telah menarik perhatian ramai orang apabila telah dikongsikan oleh lebih 21 ribu pengguna Facebook.

Untuk mengetahui cara membuatnya, mari lihat perkongsian di bawah:

Viral betul telur goreng crispy ni ye..penangan tiktok betul..
Serious sedapp.  rase macam kulit ayam …
Cara nak buat ada di setiap gambar bawah ini ye.
Selamat mencuba
Suami dan mertua suke sangat
Kredit: Facebook Puan Siti Zalikha

Telur 2 biji. Sedikit secukup rasa. Sedikit cili flakes. (Kacau2 mcm nak buat telur dadar)

Kredit: Facebook Puan Siti Zalikha

Guna pan utk gorengkan telur ni…lagi nipis lagi bagus..

Kredit: Facebook Puan Siti Zalikha
Celupkan telur yang da goreng tadi dengan tepung bistari dan celupkan dengan air kemudian celupkan semula dengan tepung bistari

Kredit: Facebook Puan Siti Zalikha

Goreng dengan minyak..api jangan kuat sangat ye takut nanti hangus..
Kredit: Facebook Puan Siti Zalikha
Tadaaaaa….da siap…rupa mcm kulit ayam kan… Rase sedap sangat😍😍😍

Hanis Lyana