Siakap Keli
Kredit: Facebook Novelis Affieyza Isahak

“Sedap Dan Penuh Berkrim,” Resipi ‘Thai Bread Creamy Chicken’ Bikin Terliur, Ini Cara Buat ‘Step By Step’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sesekali kita kena cuba mempelbagaikan menu makanan selain daripada makanan-makanan berat seperti nasi, mi goreng, laksa dan sebagainya. Lagi-lagi kalau dah jadi isteri dan seorang ibu, mesti suami dan anak-anak suka kalau terdapat kelainan dalam menu makanan seharian mereka.

Contohnya seperti Thai Bread Creamy Chicken yang sesuai dimakan bila-bila masa sahaja. Cara nak buat pun mudah dan confirm lazat. Walaupun namanya ala-ala Thailand, tapi masih sesuai dengan citarasa dan lidah orang Malaysia tau.

Salah seorang warga Facebook telah berkongsi resepi Thai Bread Creamy Chicken ni. Menurutnya, makanan tersebut sudah lama viral, tapi beliau baru hendak mencuba lantas berkongsi resepinya di Facebook. Jom ikuti perkongsian tentang cara-cara nak buat Thai Bread Creamy Chicken.

Thai Bread Creamy Chicken 🍔
Bertahun viral, baru tahun ni dapat cuba buat 😅 Itu pun sebab nampak orang buat baru-baru ni. Kebetulan semua bahan ada, Cik Fieyza cuba buat ikut citarasa sendiri.
Kredit: Facebook Novelis Affieyza Isahak

Adunan doh tu, Cik Fieyza guna resipi daripada group masak. Cuma pertama kali sediakan adunan doh yang mencampurkan semua bahan terus – yis – tepung. Sebelum ni biasa buat, sediakan bancuhan yis terlebih dahulu. Kali ini satukan semua terus. Senang cerita 

Tapi kejadian sempurna adunan tu, Cik Fieyza tak tahu nak agak macam mana. Tapi alhamdulillah, roti tu gebu di dalam, ranggup lembut di luar. Nampak saja macam keras tapi sebenarnya tak.

Okey, rasa dia, sedap dan penuh berkrim. Alhamdulillah, tak rugi cuba. Cik Fieyza kongsi di bawah resipi yang telah Cik Fieyza buat. Inti tu ikut citarasa masing-masing kalau nak tukar apa-apa.
Kredit: Facebook Novelis Affieyza Isahak

Thai Bread Creamy Chicken :

Tepung gandum – 4 cawan (Cik Fieyza ada tambah dalam setengah cawan)
Gula – 3 sudu
Marjerin – 4 sudu
Air kosong – 1 cawan setengah
Yis – sepeket 11g
Kredit: Facebook Novelis Affieyza Isahak

••• Satukan semua bahan sampai jadi doh dan tunggu adunan mengembang. Masa dah kembang, adunan ni agak lembik, itu yang Cik Fieyza tambah tepung sikit-sikit. Mungkin juga sukatan air terlebih. Itu yang tak tahu nak agak adunann sempurna macam mana. Agak-agak tak melekat dan boleh bentukkan menjadi bulat.

Kredit: Facebook Novelis Affieyza Isahak
Bahan celup untuk goreng :
Telur & serbuk roti. Apabila adunan naik sekali lagi, bolehlah celup ke dalam telur dan golek atas serbuk roti. Perlu berhati-hati sebab doh tu lembut, nanti hilang rupa asal 😅 Goreng sehingga masak dan toskan. Dah suam, belah menjadi dua bahagian.
Kredit: Facebook Novelis Affieyza Isahak

 

Untuk inti Cik Fieyza guna bahan yang ada di rumah. Ikut citarasa masing-masing ya kalau nak tukar ☺️
Bebola ayam – lenyekkan
Sos prego carbonara
Lobak merah – potong dadu
Bawang merah dan putih – kisar
Cili merah – hiris halus
Serbuk oregano
Serbuk parsley
Sedikit cukup rasa
••• Tumis bahan kisar sehingga wangi, masukkan lobak merah dan juga bebola ayam. Tambah sedikit serbuk oregano. Masukkan sos prego dan secawan air. Masukkan sedikit serbuk pasrsley serta cili merah dan cukup rasa. Apabila sudah pekat, boleh tutup api.
Letakkan salad dan inti. Lagi tebal inti, lagi sedap. Letak penutupnya bersama lidi untuk elakkan ketidakseimbangan berlaku 😄
Okey siap
Kredit: Facebook Novelis Affieyza Chicken

 

Hanis Lyana