Siakap Keli
Kredit: Tiktok edward_vstar_oe

(Video) Boleh Cuba Buat, Ini 4 Langkah Untuk ‘Setting Aircond’ Kereta Jadi Lebih Sejuk

Memandu di bawah terik matahari sudah pasti akan membuatkan pemandu untuk menggunakan pendingin hawa di dalam kereta mereka. Tapi, ada juga situasi di mana dah buka aircond pun masih tidak berasa sejuk di dalam kereta. Mungkin ada yang tidak kena seperti cara setting pendingin hawa tersebut.

Walau bagaimanapun, jangan risau kerana anda semua boleh cuba setting balik aircond anda supaya berada pada tahap yang paling sejuk. Perkara ini kerana seorang lelaki melalui akaun TikTok edward_vstar-oe ada menunjukkan cara-caranya.

Cuma dengan empat langkah mudah, pendingin hawa di dalam kereta anda akan berada pada tahap yang sejuk dan boleh membuatkan anda semua selesa.

  1. Buka Internal Circulation.
  2. Buka Temperature Degree pada suhu yang paling rendah.
  3. Putar butang Fan Speed Control pada tahap kelajuan 2.
  4. Putar butang Angin Setting ke kiri, iaitu di bahagian side kepala.

Untuk lebih mudah faham, jom tonton video di bawah. Singkat tetapi jelas.

@edward_vstar_oe

4 Cara Setting Aircond Kerata Lagi Sejuk #caraircond #aircond #sejuk #aircondspecialist #learnontiktok #jombelajar #tiktokguru

♬ 樱花树下的约定(钢琴治愈版) – 鹤归一

Sumber: Tiktok edward_vstar_oe

Hanis Lyana